MISI KILAT KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA SABAH

Dimulakan pada:
11 May, 2026
MISI KILAT KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA SABAH
3.75%
RM375
/RM10,000
19
penyumbang
58
baki hari

Tentang Kempen

Setiap ringgit sumbangan anda adalah sinar harapan untuk mereka bangkit semula. Mari bersama kita bantu saudara kita di Sabah yang sedang dalam kesempitan.

Tragedi kebakaran besar telah menghanguskan deretan rumah atas air di Sabah, menyebabkan ratusan keluarga hilang tempat berteduh dalam sekelip mata. Kempen Derma Kilat ini bertujuan untuk mengumpul dana kecemasan bagi menyediakan bantuan makanan, kelengkapan asas, dan kit kebersihan buat mangsa yang kini sehelai sepinggang. Mari bersama kita ringankan beban mereka dan beri sinar harapan di tengah ujian ini.

Tangisan dan sayu menyelubungi suasana apabila api marak dengan pantas menyambar deretan rumah atas air di Sabah. Dalam sekelip mata, kediaman yang menjadi tempat berlindung, membesarkan anak-anak, dan menyimpan memori, kini hanya menjadi abu dan arang. Keadaan rumah atas air yang rapat dan struktur kayu menyebabkan api merebak terlalu laju sehingga ramai mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mahupun dokumen penting. Kini, mereka terpaksa menumpang di pusat pemindahan sementara (PPS) atau di rumah saudara-mara dalam keadaan serba kekurangan.

Keadaan semasa di mana api sedang marak menyambar rumah-rumah di kawasan Kampung Bahagia tersebut

Mungkin bagi kita nilai RM10 atau RM50 nampak kecil, namun bagi mereka yang baru sahaja kehilangan segalanya, sumbangan anda adalah talian hayat yang sangat bermakna. Bantuan yang berjaya dikumpul kelak akan kita salurkan kepada pihak Khidmat Malaysia Negeri Sabah untuk dikumpul sekali sebelum diagihkan kepada semua ketua keluarga yang terkesan.

Keadaan setelah siang keesokkanya di mana keadaan yang sangat meruntun jiwa kita apabila dianggarkan lebih 1000 rumah hilang sekelip mata

Mari kita buktikan rakyat Malaysia sentiasa prihatin. Klik butang 'Sumbang Sekarang' dan kongsikan kempen ini agar lebih ramai yang dapat membantu. Jika bukan kita, maka siapalah lagi yang boleh membantu. Setiap sumbangan kita akan menjadi saksi di akhirat nanti agar ianya menjadi asbab kita masuk ke syurga kelak.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 28, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 26, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 25, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 24, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

DANA PEMBELIAN VAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ DAN KEGIATAN KEAGAMAAN LPQ AL HUDA
DANA BANTUAN KEPERLUAN KOS OPERASI BUAT ANAK YATIM DAN ASNAF
SEDEKAH JUMAAT BERKONGSI MAKANAN HANGAT UNTUK ANAK ANAK MEMBUTUHKAN
INFAK PAKAIAN UNTUK PELAJAR TADIKA MISKIN DAN ASNAF
ADIK IQLIMA DERITA PENYAKIT KRONIK YANG BERAT