CERIAKAN AIDILADHA ANAK TAHFIZ DENGAN SEDEKAH KITA

Dimulakan pada:
15 Apr, 2026
CERIAKAN AIDILADHA ANAK TAHFIZ DENGAN SEDEKAH KITA
5.50%
RM165
/RM3,000
7
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Marilah kita bersama-sama menyokong usaha murni ini agar anak-anak tahfiz dapat merasai kemeriahan AidilAdha dengan penuh kegembiraan dan keberkatan.

Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan besar dalam Islam yang sarat dengan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan. Sambutan ini bukan sekadar ibadah penyembelihan haiwan korban, malah menjadi medan untuk mendidik jiwa umat Islam agar lebih prihatin dan pemurah.

Di Maahad Tahfiz, sambutan Hari Raya Korban membawa makna yang lebih mendalam kerana ia melibatkan anak-anak penghafal Al-Quran yang terdiri daripada golongan yatim dan asnaf yang amat memerlukan sokongan masyarakat.

Pada Hari Raya Korban, semua pelajar tidak pulang ke kampung bahkan mereka akan berkhidmat bertugas dalam pelaksanaan korban bersama dengan masyarakat setempat di tahfiz. Mereka tinggalkan keluarga tersayang demi menghayati sebuah erti pengorbanan. Sambutan Hari Raya Korban di Maahad Tahfiz juga menjadi platform pendidikan yang sangat berharga.

Para pelajar bukan sahaja berpeluang menyaksikan sendiri proses penyembelihan mengikut syariat Islam, malah dapat memahami hikmah di sebalik ibadah korban seperti pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan kepada Allah SWT. Nilai-nilai ini secara tidak langsung membentuk sahsiah dan keperibadian mereka sebagai generasi Al-Quran yang berakhlak mulia.

Melalui sumbangan ini, digunakan bagi menyediakan juadah hari raya seperti ketupat,rendang, kuih-kuih raya, bahan-bahan masakan untuk jamuan hari Raya Korban dan sebagainya. Walaupun pelajar-pelajar tidak pulang ke kampung halaman, mereka dapat merasai kemeriahan hari Raya seperti anak-anak yang lain dengan menikmati juadah jamuan ini daripada sumbangan kalian.

Di samping itu, program ini turut mengeratkan hubungan antara masyarakat dan institusi tahfiz. Kehadiran para penyumbang dan sukarelawan dalam menjayakan sambutan ini mewujudkan suasana ukhuwah yang harmoni. Aktiviti seperti gotong-royong melapah daging, memasak dan mengagihkan makanan menjadi pengalaman yang penuh makna serta menghidupkan semangat kebersamaan dalam kalangan umat Islam.

Akhir kata, sumbangan sambutan Hari Raya Korban di Maahad Tahfiz bukan sekadar memberi manfaat dari sudut material, tetapi juga menyemai nilai-nilai murni dalam jiwa semua pihak yang terlibat. Ia adalah satu peluang untuk kita berkongsi rezeki, menzahirkan rasa syukur serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 01, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 20, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 19, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM35.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN IBU TUNGGAL UNTUK MENYARA KEHIDUPAN
RAYUAN SUMBANGAN KECEMASAN DI SMK BANGGI
BERAS UNTUK WARGA YANG KURANG MAMPU
TABUNG MAKANAN PUSAT JAGAAN OKU
BANTUAN BAKUL MAKANAN BAGI SAUDARA SAUDARA BARU
Kempen Sumbangan Tamat